ASPURI
ASRAMA PUTERI SMK CLIFFORD KUALA KANGSAR
SEJARAH RINGKAS ASTRI
ASRAMA PUTERI | ASTRI
Asrama ini asalnya mempunyai dua blok iaitu Blok Iskandar dan Blok Hogan. Kedua-dua seni bina bangunan ini adalah sama. Blok Hogan telah diruntuhkan dan diganti dengan Blok Dewan Makan yang digunapakai sehingga ke hari ini. (Cerita dari Oldboys tahun sebelum 1979).
Kini hanya bangunan Iskandar yang megah berdiri masih berkhidmat kepada penghuni perempuan di SMK Clifford Kuala Kangsar. Bangunan ini mempunyai kapasiti seramai 20 orang murid penghuni perempuan (Single bed).
Pada penghujung tahun 2018, bangunan ini telah mendapat peruntukan bagi pemasangan semula pendawaian elektrik bagi semua perkakasan elektrik dan projek tersebut mengambil masa selama 3 bulan dan siap pada awal tahun 2019. Walaubagaimanapun, bangunan ini disahkan tidak selamat pada awal tahun 2020 kerana masalah struktur kayu yang reput dan berisiko untuk runtuh. Penghuni asrama perempuan dipindahkan sementara penempatan mereka di Rumah Warden buat sementara waktu. Terdapat runtuhan telah berlaku di dalam asrama ini selepas semua penghuni telah dipindahkan.
Pada bulan September 2021, asrama ini mendapat peruntukan bagi penyelenggaraan struktur kayu dan penggantian semua kayu-kayu yang reput dan berisiko kepada penghuninya dan telah siap pada Februari 2022.
Kini, bangunan bersejarah yang gah berdiri menyimpan seribu cerita suka dan duka dan masih berdiri berkhidmat teguh kepada penghuni asrama perempuan SMK Clifford Kuala Kangsar. Semoga bangunan ini sentiasa terjaga dan kekal seni binanya sehingga ke masa hadapan.